Sindiket penipuan penjualan barangan dari Taiwan secara atas talian tumpas selepas polis Pulau Pinang menyerbu sebuah premis di Batu Feringghi.<br /><br />Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menahan 23 warga Taiwan yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu selepas menyerbu sebuah banglo tiga tingkat pada Sabtu.
